Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Friday 27 December 2013

Die Gouge & Die Chip 10 sen 1989



 

Die  Gouge yang  dimaksudkan. 


 

Die  Gouge yang bertanda  dengan anak  panah  hijau dan die chip error yang    bertanda dengan anak  panah kuning.

Pada  mulanya Nsdk tidak perasan pun terdapat die gouge error pada  kelopak  bunga syiling ini.  Sebelum  ini Nsdk pernah siarkan syiling 10 sen 1996 yang mempunyai error die gouge yang begitu besar sekali di atas kelopak bunga raya.  

OKlah ya. ....Nak cepat  ni.  Nak pergi  kenduri  kahwin. 


7 comments:

aku dan tawarikh said...

salam..apa beza die gouge dgn die chip? sy agak kompius..

Nsdk said...

W. Salam.
Die chip terhasil apabila die tertusuk alatan pembersih die semasa kerja -kerja pembersihan dilakukan. Die chip pula terjadi apabila bahagian tertentu pada die terserpih dan jatuh. Kedua -dua proses yang berlaku akan menyebabkan permukaan die berlubang (negatif)dan apabila die menempa planchet akan terhasil bentuk timbul (positif ) pada permukaan syiling.

Nsdk tak pandai sangat.
Diharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.

Nsdk said...

Nsdk sambung sikit lagi. Kadang -kadang die gouge yang kecil boleh menjadi besar apabila ia dbiarkan berterusan menempa dan dipangggil die chip . Nsdk ada siarkan dlm tajuk Die Gouge Membesar.

aku dan tawarikh said...

terima kasih atas penerangan Nsdk tentang die gouge dan die chip, menjadi kekeliruan saya sekarang ialah untuk membezakan antara die chip dan die gouge. jika dilihat pada die gouge di atas kelopak bunga pada gambar di atas, pada pandangan saya ianya kelihatan seperti die chip.

Nsdk said...

Die Chip biasanya terjadi pada bahagian penghujung tepi atau bucu sesuatu rekabentuk kerana biasanya die akan mudah terserpih dibahagian ini. Mcm die chip pada nombor 0’... Kemungkinan asalnya bahagian tersebut telah dikikis dengan alatan pembersihan. Sekiranya keseluruhan lebihan logam tersebut berada di atas nombor 0’ Nsdk tentu akan menamakannya sebagai die gouge, tetapi logam tersebut telah melepasi kawasan nombor 0’ jadi dipanggil die chip.

Ada dua kemungkinan di sini. Mungkin asalnya die gouge tetapi telah berlaku serpihan die akibat penggunaan die yang berterusan atau pun bahagian pinggir 0’ telah terserpih dengan sendirinya kerana dikikis terlebih dahulu.

Untuk maklumat lebih terperinci boleh lawat blog Tuan DepanKanta yang Ada menerangkan ciri -ciri die gouge dan die chip.

Saudara Nazrie boleh juga lihat beberapa post Nsdk dibawah label die gouge atau die chip yang telah diulas oleh Tuan DepanKanta untuk dibuat perbandingan.

Terima kasih Nazrie.....


nsdk said...

Sorry... typing error
tentang kemungkinan kedua mungkin bahagian 0’ telah terserpih tanpa dikikis terlebih dahulu oleh pekerja kilang syiling.

aku dan tawarikh said...

terima kasih Nsdk, penerangan yang sangat membantu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews